INSTITUSI DZURRIYAT RADJA SULTAN SE-NUSANTARA IKTIRAFKAN PENGIRAN SAYYID KHAIRUL SEBAGAI DZURRIYAT SYARIF MUHAMMAD KEBONGSUAN

INSTITUSI DZURRIYAT RADJA SULTAN SE-NUSANTARA IKTIRAFKAN PENGIRAN SAYYID KHAIRUL SEBAGAI DZURRIYAT SYARIF MUHAMMAD KEBONGSUAN

INSTITUSI DZURRIYAT RADJA SULTAN SE-NUSANTARA IKTIRAFKAN PENGIRAN SAYYID KHAIRUL SEBAGAI DZURRIYAT SYARIF MUHAMMAD KEBONGSUAN

Banda Aceh,-realitanews.co

Institusi Dzurriyat Radja Sultan se-Nusantara melalui Surat Nombor (Nomor) 01/A/IDRSN/VII/2026 mengiktirafkan dan mengesyahkan Salasilah Nasab YM. Dato' Sri Pengiran Dr. Sayyid Khairul bin Dato' Sayyid Ahmat, Pengerusi Pertubuhan Khazanah Adat Budaya Pengiran Darul Hana, Kuching - Sarawak - Malaysia sebagai dzurriyat (keturunan) kepada Sayyid Jamaluddin Al Akbar Al Husseini atau Syeikh Jumadil Kubra dan Surat Pengiktirafan Nombor 02/A/IDRSN/VII/2026 yang mengiktirafkan YM.Dato' Sri Pengiran Sayyid Khairul bin Dato' Sayyid Ahmat sebagai dzurriyat (Keturunan) kepada Syarif Muhammad Kebongsuan ibni Sayyid Jamaluddin Al Akbar Al Husseini atau Syeikh Jumadil Kubra.

 

Pengerusi dan Pengetua Institusi Dzurriyat Radja Sultan Se-Nusantara, Dato' Kiam Radja TG.Prof.DR (HC) Fekri Juliansyah, Ph.D menyatakan bahwa ketetapan Pengiktirafan ini didasarkan atas kajian   nasab dan pengkajian (Penyelidikan) selama kurun waktu 2024 sehingga tahun 2026 atau selama lebih kurang 2 (dua) tahun dengan mengkaji manuskrip, catatan keluarga, wawancara dan berbagai data dan informasi bagi menetapkan Salasilah nasab kepada YM.Dato' Sri Pengiran Sayyid Khairul bin Dato' Sayyid Ahmat.

Surat Pengiktirafan tersebut menetapkan Salasilah Nasab YM Dato' Sri Pengiran Sayyid Khairul bin Dato' Sayyid Ahmat sebagai berikut:

 

"?Pengiran Sayyid Khairul bin Sayyid Ahmat bin Sayyid Haji Hip / Ayyub bin Sayyid Haji Assan / Hassan bin Sayyid Mohammad bin Tuanku Sayyid Che' Hamid bin Sayyid Saifuddin bin Sayyid Ahmad Sultan bin Sayyid Jalaluddin bin Sayyid Yaqub bin Sayyid Saidina Ali bin Pangeran Sayyid Pakem Jabbar / Syeikh Abdul Jabbar (Pangeran Kusumoyudo / Purboyo) bin Pangeran Benowo II (Sultan Pajang II) bin Sultan Hadiwijaya / Jaka Tingkir (Sultan Pajang I) bin Arya Kenanga / Kebo Kenongo (Kyai Pengging) bin Prabu Sri Makurung Andayaningrat / Syarif Muhammad Kebongsuan (Kyai Pengging Sepuh) bin Sayyid Jamaluddin Akbar Al Husseini (Syeikh Jumadil Kubra)"

 

 

Dari Salasilah Nasab yang ditashih di Banda Aceh pada 9 Julai 2026 atau bertepatan dengan 24 Muharram 1448 H membuktikan bahawa YM. Dato'  Sri Pengiran Sayyid Khairul merupakan trah dari Kerajaan Majapahit Islam dan Kesultanan Pajang.

 

Sebagaimana diketahui dalam catatan sejarah Nusantara bahwa Syarif Muhammad Kebongsuan memiliki julukan sebagai "Bapak Raja Raja Nusantara" dan memiliki gelaran "Bhrawijaya" (berdasarkan Tarasilah Kelantan). Sementara Syeikh Jumadil Kubra dikenali sebagai "Pendahulu atau Bapaknya Para Walisongo".  

 

Keturunan kepada Syarif Muhammad Kebongsuan juga berkembang hingga wilayah Sarawak, Sulu, North Borneo hingga Mindanao Darussalam. Sementara di Pulau Sumatera juga menyebar keturunan kepada Syarif Muhammad Kebongsuan  di Besemah dan wilayah Adat Semende (At Tarikh Salasilah Djagat Besemah).

 

Surat Pengiktirafan Salasilah Nasab ini juga diteruskan (dimaklumkan) atau disampaikan kepada Lembaga -Lembaga (Institusi) Nasab /Naqobah Ansab di Nusantara di antaranya Rabithah Alawiyah Indonesia, Lembaga Salatin Asyrof Azzahro Trah Kesultanan Bani Hasyim, Pertubuhan Majlis Syura Ukhuwah Ansab Ahlul Bayt Sarawak dan Diradja Nusantara beserta Kerajaan Malaysia.

 

( ALPIAN  )